Oleh Sudirman Mohd Tahir

Shah Alam: Ramai selebriti tiba untuk menyaksikan final Gegar Vaganza musim kedua (GV 2) di Auditorium MBSA Shah Alam, sebentar tadi, dan mereka disambut dengan acara karpet merah.

Acara itu menampilkan pengacara Didie Alias dan pelakon Syarul Ridzwan.

Konsert akhir GV2 malam ini masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara dan final program pertandingan penyanyi nostalgia itu menampikan Siti Nordiana, Farahdhiya, Haiza, Ezad Lazim, Achong dan Nassier Wahab.

Konsep pemarkahan masih sama iaitu 100 peratus ioleh juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta seorang juri jemputan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2015 @ 9:35 PM
Finalis Gegar Vaganza musim kedua.
Finalis Gegar Vaganza musim kedua.