Nana bahagia hidup sendiri sambil besarkan anak tunggal. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Nana bahagia hidup sendiri sambil besarkan anak tunggal. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Oleh Nor Akmar Samudin


Kuala Lumpur: “Kalau benar ada orang yang mahu melamar saya, buat masa sekarang saya tak akan terima kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian dan anak. Saya belum bersedia untuk bergelar isteri semula, malah saya selesa dengan kehidupan sekarang,” kata Siti Nordiana Alias, 31 atau Nana mengulas khabar angin dirisik seorang ustaz.

Jelas Nana, dia ada terdengar daripada kawan-kawan ada ustaz mahu melamarnya tetapi menganggap itu semua hanya gurauan.

“Setakat ini saya bahagia hidup sendiri sambil membesarkan anak tunggal saya, Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia tujuh tahun.

“Sejak kembali solo enam tahun lalu, belum terbuka hati untuk berkahwin lagi. Kawan-kawan memang suka mengusik dan saya tak ambil serius pun,” katanya.

Menerusi program Gegar Vaganza musim kedua yang bakal melabuhkan tirai pada 13 Disember ini, Nana membuktikan dia bukanlah ‘penyanyi kampung’ seperti yang dilabel beberapa pihak.

Sepanjang lapan minggu berentap, anak jati Negeri Sembilan itu membuka mata orang ramai bahawa dia penyanyi serba boleh.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 7:41 PM