FARAHDHIYA membawa lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu pada Konsert Gegar Vaganza di Auditorium MBSA Shah Alam. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
FARAHDHIYA membawa lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu pada Konsert Gegar Vaganza di Auditorium MBSA Shah Alam. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Syanty Octavia Amry

Shah Alam: Hanya enam artis yang berjaya ke peringkat akhir Gegar Vaganza musim kedua bakal berlangsung minggu depan.

Diadakan secara langsung dari Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), antara artis ke peringkat akhir ialah Siti Nordiana, Nassier Wahab, Ezad Lazim, Acong Sweetchild, Haiza dan Farahdhiya.

Ini menunjukkan persembahan Azian Mazwan Sapuwan hanya bertahan sehingga minggu separuh akhir.

Bertemakan Karok Tarik, Haiza menyanyikan lagu Flora Cinta, Siti Nordiana (Mengapa), Acong Sweetchild (Biasan), Azian Mazwan Sapuwan (Sedalam Mana Cintamu), Farahdhiya (Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu), Ezad Lazim (Tiada Lagi Kidungmu) dan Nassier Wahab (Biar Putih Tulang).

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, konsert turut diserikan dengan persembahan oleh Axl's dan Putra.

Juri tetap ialah Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim manakala Datuk Yusof Haslam sebagai juri jemputan.

Konsert akhir akan berlangsung pada 9 malam, di tempat sama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2015 @ 11:41 PM