Susunan Michelle Gun


Kemunculan beberapa karakter utama baru dalam filem Star Wars: The Force Awakens menjadi persoalan dalam kalangan peminat yang tidak sabar mengetahui peranan mereka dalam dunia pahlawan Jedi.

Namun, kehadiran pelakon baru, John Boyega yang membawa watak sebagai bekas Stormtrooper, Finn mencetuskan kontroversi berikutan ada peminat sukar menerima kehadiran pelakon berkulit hitam.

Turut beraksi di sisi Boyega dalam filem sekuel ketujuh Star Wars itu adalah Daisy Ridley sebagai Rey, pemungut sampah di planet Jakku.

Mengulas komen rasis terhadapnya di Internet, Boyega meminta ‘haters’ untuk menerima kenyataan terhadap kehadirannya dalam filem itu.

“Isu sedemikian tidak sepatutnya timbul. Saya berlakon dalam filem itu, jadi apa yang anda akan lakukan? Sama ada anda seronok menyaksikan filem itu atau tidak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2015 @ 6:03 AM