Oleh Zaid Salim


Kuala Terengganu: Sehingga jam 10.15 malam ini, seramai 18 orang lagi daripada lima keluarga dari Kampung Binjai, Chendering dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Chendering, di sini.

Kenyataan terkini dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri itu menjadikan jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan bertambah daripada 20 kepada 38 orang.

Jumlah mangsa banjir di Kampung Pak Tuyu, di sini, tidak berubah dan masih kekal dengan satu keluarga membabitkan seramai lapan orang yang berpindah ke rumah keluarga terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 10:24 PM