Oleh Shamsul Munir Safini


Bukit Mertajam: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air di Sungai Kubang Ulu, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam menerima panggilan kecemasan pada 6.17 petang mengenai kanak-kanak yang terjatuh sebelum dihanyutkan arus sungai berkenaan.

Komander Operasi BBP Bukit Mertajam, Penguasa Bomba Irwan Hassan berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada 6.45 petang sebelum melakukan kerja mencari mangsa.

Katanya, pihaknya dan orang kampung mencari mangsa dengan menyusuri sungai berkenaan bermula dari tempat dia dipercayai jatuh.

Menurutnya, sehingga tadi operasi mencari mangsa masih dijalankan di situ.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2015 @ 8:07 PM