Calon SPM menduduki peperiksaan di dewan  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul, Pulau Pinang. FOTO Ramdzan Masiam
Calon SPM menduduki peperiksaan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul, Pulau Pinang. FOTO Ramdzan Masiam
Rudy Syareme Sheriffudin / 2.11.2015


Georgetown: Seramai 22,642 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di Pulau Pinang mula menduduki peperiksaan itu pada pagi ini.

Pengarah Pendidikan Negeri, Shaari Osman berkata, calon berkenaan daripada 136 sekolah membabitkan 168 pusat peperiksaan.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan calon peperiksaan 93 daripadanya adalah calon bantuan, 10 calon yang menghadapi peperiksaan di hospital dan 24 calon tahanan.

"Turut serta 21 calon Tunas Bakti," katanya.

Beliau turut melakukan tinjauan peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul, di sini, pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 11:04 AM