Wan Ahmad Fayhsal (dua dari kanan) menyerahkan replika cek kepada Abd Samad (kanan) di SMK Taman Maluri. FOTO ihsan Pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Wan Ahmad Fayhsal (dua dari kanan) menyerahkan replika cek kepada Abd Samad (kanan) di SMK Taman Maluri. FOTO ihsan Pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Seramai 157 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri, di sini, akan menikmati hidangan tengah hari percuma bermula esok.

Inisiatif itu bertujuan mengelakkan mereka pulang ke rumah untuk makan dan minum pada sesi rehat, sebaliknya terus berada di sekolah untuk menduduki kertas berikutnya.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, untuk itu pengetua sekolah diberi tanggungjawab sepenuhnya, termasuk kesesuaian masa untuk menyediakan makanan dan minuman percuma kepada semua calon bermula esok.

"Inisiatif ini bertujuan mengelakkan calon SPM 2020 keluar masuk ke kawasan sekolah dan dewan peperiksaan.

"Kita bimbang ada antara calon tidak dapat meneruskan peperiksaan disebabkan dijangkiti pandemik Covid-19," katanya pada majlis penyampaian bantuan kewangan bagi membiayai kos makan dan minum untuk semua calon SPM 2020 di SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengetua SMK Tmaan Maluri Abd Samad Othman.

Beliau berkata, inisiatif itu juga akan diteruskan di beberapa sekolah terpilih sepanjang peperiksaan SPM berlangsung.

Katanya, pihaknya mengalu-alukan kerjasama daripada syarikat korporat bagi membantu calon SPM di lokasi lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2021 @ 8:58 PM