Bilic fokus satu demi satu perlawanan dan tidak memburu tempat beraksi di pentas Eropah. - Pix AFP
Bilic fokus satu demi satu perlawanan dan tidak memburu tempat beraksi di pentas Eropah. - Pix AFP

London: West Ham United tetap waspada biarpun membuat permulaan cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini malah slot beraksi di Eropah tidak berada dalam radar, kata pengurus kelab itu Slaven Bilic.

The Hammers kini menghuni tangga ketiga liga selepas 10 perlawanan menjaringkan 22 gol. Angka itu melebihi kebanyakan pasukan dan hanya kurang dua di belakang pendahulu Manchester City.

Media mula memperkatakan prestasi West Ham cemerlang beraksi di tempat lawan berikutan kemenangan berprofil tinggi mengatasi Arsenal, Liverpool dan Manchester City.

Mereka membuktikan kekentalan beraksi di tempat sendiri mengenepikan cabaran Chelsea 2-1 kelmarin.

"Kami baru suku perjalanan musim. Saya jujurnya mahu memberitahu saya tidak memikirkan bola seperti itu. Satu perempat, jadi? Kami perlu memberi tumpuan kepada perlawanan selepas ini," kata Bilic dalam laman web kelab website (www.whufc.com). - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 7:11 PM