Oleh Zulkepli Othman

Kuantan: Pameran dan pertandingan kucing Kuantan Fun Cat Show 2015 anjuran Petz Save menarik 152 penyertaan peminatnya di pusat beli-belah, hari ini.

Jurucakap penganjur Petz Sav, berkata ia kali pertama pertandingan kucing itu diadakan di pusat beli-belah itu.

Katanya, pihaknya berhasrat meneruskannya berikutan mendapat sambutan hangat daripada peminat haiwan kesayangan itu.

"Hampir 1,000 pengunjung datang ke lokasi pameran dan pertandingan. Pameran dan pertandingan ini terbuka kepada semua peminat haiwan peliharaan dan orang ramai boleh menyaksikannya percuma," katanya.

Katanya, pelbagai acara sampingan turut diadakan bagi membolehkan pengunjung menyertainya, termasuk pertandingan mewarna bagi kanak-kanak empat hingga 11 tahun dan pertandingan fesyen kucing.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 7:15 PM