SANAK-saudara dan jemputan  majlis menyambut menantu terkejut mengetahui berita kemalangan pengantin.
SANAK-saudara dan jemputan majlis menyambut menantu terkejut mengetahui berita kemalangan pengantin.
Oleh Aminudin Ismail

Permaisuri: “Arwah sering bertanyakan mengenai alam perkahwinan beberapa hari sebelum melangsungkan pernikahan,” kata Mohd Khairil Idris, 29, abang ipar kepada Muhammad Norizan Mohd Nor, 20, pengantin lelaki yang maut dalam kemalangan di Kampung Renek, Jertih, kelmarin.

Mohd Khairil berkata, sebelum majlis akad nikah di Kampung Kangkong, Pasir Mas, Rabu lalu, keadaan arwah Muhammad Norizan berbeza sedikit berbanding sebelum ini apabila nampak sentiasa ceria dan kerap bertanyakan perihal akad nikah dan alam perkahwinan.

“Sebelum ini arwah jarang kelihatan begitu gembira dan saya rasa agak pelik juga dengan perangainya, tetapi tidak pula mengesyaki sesuatu tidak diingini akan berlaku.

“Dia ingin mengetahui cara akad nikah yang betul supaya mudah ketika melangsungkan acara itu selain bertanyakan mengenai kehidupan berumah tangga, lebih-lebih lagi berkahwin pada usia muda,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, arwah Muhammad Norizan yang bekerja sebagai pemotong rumput mula mengenali isterinya beberapa tahun lalu dan sepatutnya majlis akad nikah diadakan pada pagi Jumaat iaitu hari kenduri di pihak perempuan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 6:46 AM