FAIL Zulaikha Zainuzman
FAIL Zulaikha Zainuzman
Oleh Mohd Hilmi Mahmud

Georgetown: Suspek yang ditahan berhubung kes memaki tiga penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) direman tiga hari, bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata kedua-dua suspek itu ditahan, semalam, direman bagi diambil keterangan bagi tujuan siasatan berhubung kes itu.

Mior juga mengesahkan ketiga-tiga penguat kuasa MBPP yang dimaki hamun sudah memberi keterangan masing-masing.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2015 @ 4:19 PM