Setiap hari ribuan pelarian dari Timur Tengah terutama Syria bersesak dalam bot getah menyeberang laut ke Greece sebelum meneruskan perjalanan ke Eropah.
Setiap hari ribuan pelarian dari Timur Tengah terutama Syria bersesak dalam bot getah menyeberang laut ke Greece sebelum meneruskan perjalanan ke Eropah.

Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan menyatakan kesediaan memberi sepenuh komitmen terhadap usaha membawa 3,000 pelarian Syria ke negara ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyahut hasrat berkenaan yang disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Khamis lalu.

“Ia berlandaskan perikemanusiaan yang akan meletakkan Malaysia sebaris dengan negara lain membantu mereka," katanya selepas melancarkan 'Malaysians United Run 2015' di sini hari ini.

Perdana Menteri menyatakan kesediaan Malaysia menerima 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun bagi membantu meringankan krisis pelarian yang menyebabkan tekanan sosial dan ekonomi kepada negara Eropah.

Hishammuddin berkata bentuk bantuan akan diputuskan Kementerian Dalam Negeri. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 5:43 PM