PRAKASH disamun dan ditetak di depan rumahnya di Taman Kim Chuan, Pandamaran, Klang pagi semalam.
PRAKASH disamun dan ditetak di depan rumahnya di Taman Kim Chuan, Pandamaran, Klang pagi semalam.
Oleh Mohd Hasbi Sidek


Klang: “Saya sempat keluarkan pistol untuk mempertahankan diri namun seorang daripada penjenayah itu menjerit dan menyuruh rakan lain melarikan diri,” kata anggota polis, Koperal D Prakash, 30, yang disamun dan ditetak dalam kejadian di Taman Kim Chuan, Pandamaran di sini.

Dalam kejadian jam 4 pagi semalam, mangsa ditetak di kepala dan berjalan satu kilometer ke Balai Polis Pandamaran untuk meminta bantuan selepas kunci kereta serta telefon bimbitnya disamun penjenayah.

Prakash yang bertugas di Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Pandamaran di sini berkata, kejadian berlaku ketika dia baru pulang berjumpa rakannya di kawasan berhampiran.

“Sebaik meletakkan kenderaan di luar rumah, saya ditetak penjenayah dari belakang hingga mengenai kepala.

Seorang lagi penjenayah melibas parang dari arah hadapan, namun saya sempat menepisnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 6:47 AM