Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: “Jangan pilih jurulatih luar atas dasar nama semata-mata, ia belum menjamin kejayaan pasukan negara,” kata Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) B Sathianathan (gambar) sebagai ingatan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam memilih calon sesuai bagi membimbing Harimau Malaya.

Beliau berkata, jurulatih asing yang memiliki pengetahuan mengenai bola sepak tanah air mempunyai kelebihan untuk mengendalikan skuad kebangsaan berdasarkan pengalamannya yang pernah menjadi penolong jurulatih kepada Richard Bate, Hatem Souissi, Allan Harris dan Bertalan Bicskei.

“Tidak semestinya seseorang jurulatih yang berjaya ketika menjadi pemain mampu menjadi jurulatih hebat. Zico seorang pemain bertaraf dunia tapi tidak mampu membawa Jepun ke tahap lebih tinggi.

“Claude Le Roy yang mempunyai reputasi hebat membimbing Cameroon, Ghana dan pernah juara Piala Negara Afrika tapi bila bawa skuad kebangsaan tetap tewas kepada Singapura.

“Saya bercakap atas dasar pengalaman, saya pernah menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan kepada empat jurulatih luar sebelum ini dan mereka terpaksa mengharapkan bantuan jurulatih tempatan juga,” kata Sathiantahan, bekas jurulatih kebangsaan 2007-2008.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 6:39 AM