PASUKAN negara perlu sentuhan jurulatih berpengalaman.
PASUKAN negara perlu sentuhan jurulatih berpengalaman.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diingatkan supaya tidak mengulangi kesilapan lalu dalam mencari ketua jurulatih baru skuad Harimau Malaya terutamanya khidmat pengendali asing yang kali terakhir dibimbing Bertalan Bicskei dari Hungary pada 2005 sebelum tenaga tempatan silih berganti memegang jawatan itu.

Menurut bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, kesilapan FAM yang gemar mengikat pengendali luar tanpa memiliki rekod cemerlang ketika bergelar pemain mahupun jurulatih dibimbangi gagal membawa impak kepada pasukan negara.

Jelasnya, nama pengendali dari Portugal, Ulisses Morais yang dikaitkan dengan kedudukan selaku pembimbing baru pasukan kebangsaan harus diteliti sedalam-dalamnya kerana jelas pengendali berusia 57 tahun itu tidak memiliki pengalaman di peringkat antarabangsa.

“Sebelum ini kita pernah dilatih jurulatih hebat dari Perancis Claude Le Roy. Namun sepanjang beliau mengendalikan pasukan negara, kita tidak berjaya meraih apa-apa gelaran besar di peringkat antarabangsa walaupun selepas itu beliau berjaya membawa Cameroon ke Piala Dunia pada 1998.

“Bayangkan sekarang FAM nak bawa masuk jurulatih yang langsung tidak ada pengalaman. Memandangkan Kelayakan Piala Asia 2019 (menentang Korea Utara) juga semakin hampir, FAM janganlah buat kerja sekadar untuk ‘tangkap muat’ saja.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2017 @ 8:15 AM