KEADAAN  Shah Alam kelihatan kurang jelas akibat jerebu. FOTO Shazreen Zamzuri
KEADAAN Shah Alam kelihatan kurang jelas akibat jerebu. FOTO Shazreen Zamzuri
Oleh Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Hanya 12 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara ( IPU) tidak sihat pagi ini berbanding 20 kawasan pada 10 malam tadi.

Setakat 8 pagi tadi, berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) Bandaraya Melaka, Melaka merekodkan bacaan tertinggi iaitu 132.

Kawasan lain yang mencatat tahap tidak sihat ialah Bukit Rambai (124), Port Dickson (122), Seremban (115) serta Nilai (102).

Bacaan IPU Muar,Johor dan Jerantut, Pahang masing-masing ialah 105 serta 102.

Samarahan, Sarawak pula ialah 130 diikuti Kuching (117).

Turut merekodkan tahap tidak sihat ialah Banting (108), Perlabuhan Klang(103) manakala Putrajaya (107).

Lapan kawasan menunjukkan paras bacaan sederhana namun menghampiri tahap tidak sihat antara 93 hingga hingga 100.

Sebanyak 20 kawasan lagi merekodkan bacaan sederhana antara 52 hingga 88 manakala 10 lagi tahap baik antara 17 hingga 50.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 10:25 AM