SUM Chang Keong. FOTO fail NSTP
SUM Chang Keong. FOTO fail NSTP
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman menggemparkan anggota di Balai Polis Manjoi di sini selepas secara tiba-tiba memasuki perkarangan balai sebelum menghayun parang kepada salah seorang anggota wanita dan menjerit meminta supaya diberikan sepucuk pistol.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, lelaki berusia 42 tahun yang juga bekas guru itu dikatakan mengamuk dan mengugut seorang anggota polis wanita yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan sambil memegang parang panjang.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek yang memegang parang sepanjang 0.6 meter bertindak menghayun senjata itu ke arah anggota wanita terbabit.

Katanya, empat anggota peronda MPV kemudiannya bertindak mengepung balai berkenaan sebelum suspek membuang parang yang dipegangnya selepas dipujuk salah seorang anggota.

Menurutnya, selepas suspek melepaskan parang dipegangnya, polis kemudiannya terus menangkapnya walaupun berlaku sedikit pergelutan.

Sum berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek adalah bekas guru sekolah menengah berhampiran dan sudah mengambil cuti tanpa gaji selama setahun kerana disyaki menghadapi masalah mental.

€œLelaki berkenaan sudah bercerai dengan isterinya sejak dua minggu lalu dan mempunyai empat orang anak.

Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

€œSuspek kini direman dan dihantar untuk pemeriksnak doktor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 11:35 PM