RAJA Azmi. FOTO fail NSTP Sairien Nafis
RAJA Azmi. FOTO fail NSTP Sairien Nafis
Oleh Wahi Aziz


Kuala Lumpur: Krisis rumah tangga Raja Azmi Raja Sulaiman sejak tiga bulan lalu dijangka bernoktah esok apabila penerbit dan penulis itu mengesahkan bakal bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, esok.

Raja Azmi, 55, yang dihubungi berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes itu sehingga proses perceraian itu selesai petang esok.

"Ya memang betul (akan bercerai) petang esok. Saya minta maaf tak dapat nak komen lebih-lebih buat masa ini sebab saya perlu menghormati suami saya.

"Apa-apa, saya akan berkongsi selepas selesai semuanya esok," katanya.

Sumber mendakwa Raja Azmi dan suaminya, Eddie Ghazali akan bercerai petang esok di mahkamah berkenaan selepas tiga bulan tinggal berasingan.

Konflik yang dipercayai tercetus kerana tiada persefahaman menjadi faktor utama perceraian itu.

Sebelum ini, Harian Metro bertarikh 16 dan 17 September pernah melaporkan krisis perkahwinan pasangan ini yang mengakui hubungan mereka mulai renggang sejak Julai lalu.

Pasangan itu bernikah pada 13 Oktober tahun lalu.

ends/15

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 6:31 PM