TONGKANG yang terbakar dan meletup di jeti Facol Evergreen, Sandakan. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
TONGKANG yang terbakar dan meletup di jeti Facol Evergreen, Sandakan. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Oleh Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Seorang lelaki rentung manakala dua lagi parah selepas sebuah tongkang mengangkut minyak kelapa sawit mentah terbakar sebelum meletup di jeti Facol Evergreen, Batu 8, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 1.30 petang itu, semua mangsa dipercayai pekerja kapal yang membaiki tongkang berkenaan.

Pemangku Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBpM) Daerah Sandakan Devi Rashedee Engsoi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.34 petang.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, tongkang berkenaan sedang terbakar.

"Anggota bomba segera menyelamatkan dua lelaki sebelum bertindak memadam kebakaran," katanya.

Semua mangsa termasuk yang maut dihantar ke Hospital Duncess Of Kent untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 6:23 PM