DUA remaja menemui jalan keluar. FOTO ihsan bomba
DUA remaja menemui jalan keluar. FOTO ihsan bomba
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Puchong: Dua remaja yang sesat di kawasan hutan simpan Ayer Hitam, Taman Wawasan di sini, sejak semalam ditemui selamat pada 8 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa Syah Muhammad Yusuf Shahbadul, 19, dan Muhammad Hilmie Mustapa, 20, berjaya menemui jalan keluar, pagi tadi.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari seorang rakannya pada 5.11 petang mengenai rakannya yang sesat ketika dalam perjalanan turun dari hutan berkenaan.

"Gerakan mencari dan menyelamatkan dimulakan semalam namun tidak menemui mangsa. Bagaimanapun pagi tadi mangsa berjaya keluar dan melapor diri kepada renjer hutan.

"Pemeriksaan keatas mangsa mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 1:44 PM