LOGITECH M337
LOGITECH M337
LOGITECH K380
LOGITECH K380
LOGITECH G633 Artemis Spectrum
LOGITECH G633 Artemis Spectrum

Logitech memperkenalkan dua gajet terbaru, papan kekunci K380 dan tetikus tanpa wayar M337 yang disasarkan kepada individu yang mahu bekerja pada persekitaran lebih bebas tanpa kabel berselerak di atas meja.

Papan kekunci Logitech K380 menggunakan sambungan Blueooth dan ia boleh disambungkan juga bersama tablet atau telefon pintar selain PC yang sering digunakan ketika bekerja.

Ia menggunakan mod sambungan Easy Switch yang hanya perlu diklik sekali untuk membolehkannya beroperasi secara pantas.

Tetikus M337 pula bersaiz kompak, tetapi ia mempunyai butang khas yang boleh diubah suai fungsinya mengikut ciri ditetapkan sendiri pengguna.

M337 menggunakan pengesan laser yang pantas bertindak kepada pergerakan tangan dan mempunyai rekaan ergonomik bermakna ia boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.

Bagi kaki game, berita baik apabila Logitech mempunyai fon kepala, G633 Artemis Spectrum yang kini dilancarkan di Malaysia berupaya merubah senario audio bagi individu ketika bermain game.

Ia menampilkan sistem lampu RGB, plat belakang pembesar boleh cabut dan kekunci G yang boleh diprogramkan.

Dengan aplikasi Logitech Gaming, tetapan audio boleh diubah suai dan disimpan di dalam profil audio peribadi.

INFO

LOGITECH M337

- Harga: RM109

- Sensor: laser

- Bateri: 1 x AA

- Warna: merah, biru, hitam

- Dimensi: 100.5 x 61.1 x 33mm

- Kesesuaian: Windows 7, MacOS 10, Chrome OS, Android 3.2

- Jaminan: 1 tahun

- Jangka hayat bateri: 10 bulan

- DPI: 1000

LOGITECH K380

- Harga: RM129

- Butang: Easy-Switch

- Bateri: 2 x AAA

- Warna: kelabu, biru

- Sambungan: bluetooth

- Dimensi: 124 x 279 x 16mm

- Kesesuaian: Windows 7, MacOS 10, Chrome OS, Android 3.2, iOS5, Apple TV

- Jaminan: 2 tahun

- Berat: 423g

LOGITECH G633 ARTEMIS SPECTRUM

- Harga: RM599

- Audio: 7.1 Dolby Surround

- Tetapan: G-Key

- Kabel: 3.5mm

- Pemacu: 40mm

- Respon frekuensi: 20Hz - 20KHz

- Sensitiviti: 107dB

- Sambungan: USB

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 8:43 AM