SANDISK IXPAND FLASH
SANDISK IXPAND FLASH
SANDISK 200GB
SANDISK 200GB
SANDISK ULTRA DUAL USB 3.0
SANDISK ULTRA DUAL USB 3.0

Pengguna iPhone dan iPad kini boleh menambah storan mereka yang terhad dengan menggunakan gajet baru, SanDisk iXpand Flash yang boleh disambung terus berlandaskan sambungan lightning.

Ia bermakna anda boleh terus memindahkan data seperti foto dan video dengan pantas menggunakan aplikasi khas yang disediakan.

Sandisk turut menyediakan aplikasi, iXpand Sync yang membolehkan pengguna enkripsi data sebelum membukanya semula menggunakan kata kunci ataupun TouchID dengan cap jari pengguna.

Selain itu, SanDisk turut memperkenalkan kad memori mikroSD terbesar di dunia berkapasiti 200GB namun masih kekal dengan saiz sebesar ibu jari.

Berdasarkan kapasiti terbabit, pengguna dijangka mampu menyimpan sehingga 20 jam video berkualiti HD Penuh. Menariknya, kad memori ini tahan perubahan suhu mendadak, kalis cuaca, kalis X-ray dan kalis medan magnetik.

Satu lagi produk SanDisk, peranti storan Ultra Dual USB 3.0 berupaya memindahkan data dengan mudah secara OTG daripada peranti Android kepada komputer Windows dan Mac melalui port USB 3.0.

Ia boleh menghantar fail dengan kelajuan sehingga 130MB/s, dengan rekaan yang tidak memerlukan penutup berasingan.

INFO

SANDISK IXPAND FLASH

- Harga: RM289, RM379,RM549, RM829

- Kapasiti: 16GB, 32GB, 64GB, 128GB

- Sambungan: Lightning, USB 2.0

- OS: Minimum iOS 7.1

- Format video: WMV, .AVI, .MKV, .MP4, .MOV

- Dimensi: 64.17 x 36.78 x 11.80mm

- Jaminan: 2 tahun

SANDISK 200GB

- Harga: anggaran RM1,429

- Reka bentuk: mikroSDXC

- Kesesuaian: telefon pintar dan tablet berasaskan Android

- Penghantaran data: 90MB/s

- Kapasiti: 200GB

- Dimensi: 14.99 x 10.92 x 1.02mm

- Jaminan: 10 tahun

SANDISK ULTRA DUAL USB 3.0

- Jenis: OTG bagi semua telefon pintar dan tablet

- Kapasiti: 16GB, 32GB, 64GB

- Kesesuaian: PC, Mac

- Sokongan OS: Windows Vista, Windows 7, Windows 8, Mac OS 10.6+

- Antaramuka: mikroUSB, USB 3.0

- Dimensi: 11.0 x 19.8 x 36.6mm

- Jaminan: 5 tahun

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 10:31 AM