KENDERAAN petugas SAR terbalik ketika dalam perjalanan ke Pos Simpor.
KENDERAAN petugas SAR terbalik ketika dalam perjalanan ke Pos Simpor.
Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kota Bharu: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini ditempatkan di dua perkampungan Orang Asli di Gua Musang bagi mengesan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi dekat Pos Tohoi, Gua Musang yang hilang sejak 23 Ogos lalu.

Komander operasi yang juga Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, penempatan anggota di Kampung Penad dan Kampung Gawin dilakukan sejak kelmarin bagi tujuan pemeriksaan dan pengawasan.

“Dua kampung utama ini menempatkan rumah keluarga murid yang hilang iaitu lima di Kampung Penad dan dua lagi di Kampung Gawin.

“Kita ambil keputusan menempatkan pasukan terdiri antara 13 hingga 15 anggota supaya dapat mengawasi kampung itu sekiranya ada mangsa yang pulang sendiri tanpa pengawasan atau dihantar pulang oleh pihak yang menemui mereka.

“Setakat ini, mereka akan bermalam di sana selama lima hari,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 7:16 AM