AZLAM (kiri) memberi  beg dan peralatan menulis kepada murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Tohoi.
AZLAM (kiri) memberi beg dan peralatan menulis kepada murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Tohoi.
Oleh Ramli Ibrahim


Gua Musang: “Anak kami tak mahu ke sekolah dan kami sendiri pun larang mereka berbuat demikian kerana bimbang keselamatan mereka,” kata Amid Ramli, 43, bapa murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, ketika ditemui di Pos Tohoi, petang semalam.

Seramai 116 daripada 225 murid sekolah yang berasal dari Kampung Gawin, Penad dan Simpor tidak hadir ke sekolah selepas insiden tujuh murid sekolah itu hilang sejak 23 Ogos lalu.

Hanya 109 murid Orang Asli dari Pos Tohoi yang masih hadir ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran.

Amid berkata, banyak pihak datang ke rumah untuk membawa anaknya ke sekolah, namun anaknya menangis berikutan insiden rakan mereka yang hilang.

“Saya sendiri mengakui masih bimbang dengan keselamatan anak biarpun dia ditempatkan di asrama SK Tohoi kerana tiada sebarang jaminan diberikan bahawa insiden tujuh murid hilang sebelum ini tidak akan berulang.

“Pengangkutan disediakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) juga saya lihat tidak dapat menampung jumlah murid yang sedia ada, selain saya bimbang kecuaian pemandu boleh mengakibatkan kemalangan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 9:16 AM