Husainay (tengah) bersama krew dan pelakon BRAVO 5 bergambar bersama anak-anak yatim yang menghadiri tayangan amal malam tadi
Husainay (tengah) bersama krew dan pelakon BRAVO 5 bergambar bersama anak-anak yatim yang menghadiri tayangan amal malam tadi
Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Seramai 150 tetamu menghadiri tayangan amal filem BRAVO 5 anjuran Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) di Quill City Mall, di sini, malam tadi.

Ia dijayakan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertujuan memupuk semangat patriotisme melalui tayangan filem.

Pengerusi YPNM Datuk Husainay Hashim berkata, selain itu, ia juga bertujuan memecah kepompong fikiran masyarakat yang hanya meraikan golongan anak yatim setiap kali Ramadan dan Aidilfitri.

"Bukan saja tetamu dan penggiat filem, malam ini kita raikan juga anak yatim dan memberikan penghargaan kepada penerbit BRAVO 5 kerana berani menghasilkan filem menceritakan pengorbanan anggota tentera,"katanya.

Pada majlis berkenaan YPNM turut menyampaikan nombor plat siri khas PATRIOT kepada barisan pelakon, iaitu Sofi Jikan, Shashi Tiran, Xavier Fong, Chee Khin Wah dan Remy Ishak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 1:52 AM