MOHD Noor (tengah) menerima sumbangan daripada YPNM. FOTO Yusmizal Dolah Aling
MOHD Noor (tengah) menerima sumbangan daripada YPNM. FOTO Yusmizal Dolah Aling
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Pendaki Solo, Mohd Noor Mat Amin memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000 lagi untuk untuk menjayakan Misi Menawan 6 Puncak Banjaran Himalaya.

Bermula Ahad ini, jurugambar berusia 50 tahun itu akan memulakan cabaran selama 28 hari menawan puncak di tengah Banjaran Himalaya dan mencipta nama di dalam The Malaysia Book Of Records sebagai rakyat Malaysia pertama yang berjaya melakukannya.

Katanya, setakat ini dia menggunakan dana sendiri dan memerlukan sumbangan daripada syarikat korporat untuk merealisasikan hasratnya itu.

"Ini adalah misi ketujuh untuk saya dan jika berjaya, saya adalah rakyat Malaysia pertama berjaya melakukannya di Banjaran Himalaya," katanya selepas menerima sumbangan daripada Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) hari ini.

Sebelum ini, Mohd Noor pernah mencipta nama melakukan pendakian solo Gunung Kinabalu sempena kemerdekaan negara ke-50 dan pendakian Menara Kuala Lumpur 20 kali dalam tempoh 24 jam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2017 @ 3:40 PM