LIYANA selesa berlakon di bawah produksi sendiri.
LIYANA selesa berlakon di bawah produksi sendiri.
Syanty Octavia Amry


Teruja menanti kelahiran anak kedua, pelakon dan penerbit, Liyana Jasmay, 27, semakin ligat bekerja berbanding ketika kehamilan pertama.

Ujar Liyana, ketika hamil anak pertama dia berasa malas melakukan apa saja malah hinggakan mahu keluar bersiar-siar pun terpaksa berfikir dua kali. Berbeza kali ini, segalanya rasa lebih bersemangat dan teruja.

“Alhamdulillah kandungan sudah masuk lima bulan. Rasa lebih yakin dan bertenaga melakukan apa saja.

“Setakat ini tidak ada masalah untuk saya aktif bekerja.

“Adat mengandung, alahan tetap ada, namun tidaklah teruk sampai tak boleh bangun dari tempat tidur. Kadang-kadang kena awal pagi dan ada juga ketika malam, tetapi saya masih mampu melakukan kerja seperti biasa,” katanya.

Selepas mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Fathuddin Mazlan, Liyana memperlahankan kerjaya seninya. Malah bintang berbakat besar ini mengambil keputusan menetap di Sabah bersama suami tercinta.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 6:54 AM