KERETA dipandu mangsa tercampak ke bahu jalan dalam kemalangan di Jalan Mawau, Kampung Pimping, Membakut, Beaufort.
KERETA dipandu mangsa tercampak ke bahu jalan dalam kemalangan di Jalan Mawau, Kampung Pimping, Membakut, Beaufort.
Oleh Junaidi Ladjana


Beaufort: Lelaki warga emas berusia 64 tahun nyaris maut apabila kereta dipandunya dirempuh kereta api di Jalan Mawau, Kampung Pimping, Membakut, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 9.35 pagi itu, bagaimanapun, 90 penumpang kereta api tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak, berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dipercayai melalui lintasan kereta api dan mangsa tidak menyedari kehadiran kereta api yang dalam perjalanan dari Membakut menuju ke Beaufort.

"Berikutan itu kereta dipandu mangsa dirempuh kereta api berkenaan sebelum tercampak ke bahu jalan.

"Namun pemandu hanya mengalamai cedera ringan manakala tiada kecederaan penumpang kereta api," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemandu kemudian dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 1:54 PM