SOON Kooi (tengah) mengucapkan tahniah kepada Van Huizen disaksikan   Chiow Chuan, Beng Hai dan Walsh.
SOON Kooi (tengah) mengucapkan tahniah kepada Van Huizen disaksikan Chiow Chuan, Beng Hai dan Walsh.
Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Stephen Van Huizen mengaku banyak ‘kerja’ perlu dilakukannya bersama skuad hoki negara dalam usaha meletakkan Malaysia kembali ke landasan betul selaku antara kuasa besar selepas beliau dilantik sebagai ketua jurulatih baru.

Jelas Stephen, dengan bantuan daripada pihak sekeliling termasuk Pengarah Teknikal Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Terry Walsh serta pembantunya Lim Chiow Chuan, beliau percaya dan yakin perubahan besar boleh dilakukan ke atas skuad negara.

“Satu penghargaan apabila MHC sekali lagi memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas tugas selaku jurulatih.

“Sekarang tiba masanya untuk membentuk semula pasukan. Kami kecewa kerana tidak dapat memenuhi sasaran layak ke Sukan Olimpik tahun depan tapi dengan adanya individu seperti Walsh, saya rasa ini adalah antara langkah pertama ke arah perubahan itu.

“Saya pernah beberapa kali menjadi ketua jurulatih skuad negara dan kembali semula membantu (Tai) Beng Hai dalam tempoh tujuh bulan kebelakangan ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya..

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 7:28 AM