FOTO hiasan
FOTO hiasan
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Sabak Bernam: Sebuah bot yang membawa kira-kira 100 orang dilaporkan karam di Perairan Sabak Bernam, pagi tadi.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi itu disedari nelayan yang melalui kawasan berkenaan.

Sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata, sebuah kapal ronda APMM Daerah Maritim Klang sudah digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, setakat ini masih belum dapat dipastikan jumlah penumpang yang maut dan selamat dalam insiden itu.

Satu sidang media akan diadakan petang ini berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 1:02 PM