Lebih 70 terbunuh selepas lori sejuk beku yang sarat dengan bahan letupan meletup dalam Pasar Jamila di utara Baghdad.  - Foto Reuters
Lebih 70 terbunuh selepas lori sejuk beku yang sarat dengan bahan letupan meletup dalam Pasar Jamila di utara Baghdad. - Foto Reuters

Baghdad: Sekurang-kurangnya 76 terbunuh dan lebih 200 lagi cedera akibat serangan bom lori di sebuah pasar di Sadr City, Baghdad, pagi tadi, serangan terbesar di ibu negara itu sejak Haider al -Abadi Took menjadi perdana menteri setahun lalu.

"Sebuah trak sejuk beku yang sarat dengan bahan letupan meletup dalam Pasar Jamila. Ramai yang terbunuh dengan anggota tubuh berterbangan hingga ke atas bumbung bangunan berdekatan” kata pegawai polis Muhsin al-Saedi.

Orang ramai berkumpul di tempat kejadian dengan ada yang menangis sambil menyebut nama ahli keluarga yang terbunuh. Ada juga yang mengecam kerajaan.

“Kami letak tanggung jawab ini pada kerajaan sepenuhnya,” kata Ahmed Ali Ahmed.

Berikutan tentera Iraq tidak lagi berfungsi, kerajaan pimpinan Haider terpaksa bergantung kepada kumpulan bersenjata yang sebahagian besarnya dibiayai kerajaan Iran untuk mengawal keselamatan serta memerangi pemberontak.

Sementara itu, Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bom itu melalui kenyataan yang disiarkan melalui laman sesawang dengan kenyataan ia mensasar tentera dan kumpulan bersenjata kerajaan.

Pasukan keselamatan dengan sokongan tentera bersekutu termasuk Amerika Syarikat kini menumpukan usaha memerangi kumpulan bersenjata IS terutama di wilayah Anbar. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2015 @ 4:31 PM