ARJUN Kapoor dan Sridevi.
ARJUN Kapoor dan Sridevi.
FARHAN Akhtar dan Shabana Azmi.
FARHAN Akhtar dan Shabana Azmi.
SALMAN Khan dan Helen.
SALMAN Khan dan Helen.

Ibu tiri sering dilabel berjiwa kejam dan tidak bertimbang rasa hingga tercetus cerita rakyat seperti Bawang Putih Bawang Merah, Cinderella dan Snow White.

Seiring peredaran zaman, pandangan skeptikal masyarakat terhadap ibu tiri mula berubah apabila ramai golongan ini berhati mulia, sanggup menerima, melayan dan menjaga anak tiri seperti anak sendiri.

Pun begitu masih ada anak menganggap ibu tiri perampas dan perosak kasih sayang orang tua mereka. Malah ada yang tidak dapat menerima kehadiran ibu tiri meskipun sudah lama hidup sebagai sebuah keluarga.

Industri perfileman Bollywood menyaksikan ramai pelakon berkahwin dengan rakan gandingan dalam filem. Tidak kurang juga penerbit dan pengarah filem jatuh cinta dengan bintang yang pernah bekerja dengan mereka sebagaimana yang terjadi antara Aditya Chopra dan Rani Mukerji.

Minggu ini Namaste melihat sejauh mana hubungan pelakon dengan ibu tiri yang juga bintang ternama.

Ikuti luahan perasaan mereka dalam program Karan Johar’s Koffee With Karan yang dihoskan penerbit, pengarah filem dan selebriti terkenal Bollywood, Karan Johar.

Arjun Kapoor dan Sridevi

Anak penerbit Boney Kapoor ini mengakui hubungannya dengan Sridevi tidak mesra, malah menganggap pelakon jelita itu tidak lebih ‘isteri’ bapanya.

“Saya tidak boleh menerimanya lebih daripada itu. Kami tidak boleh hidup sebagai keluarga, tetapi saya tidak berdendam dengannya kerana sejak kecil ibu (Mona Kapoor) mendidik saya menghormati orang lain termasuk Sridevi,” katanya.

Sridevi juga tidak pernah bertegur sapa dengan Arjun malah mereka tidak pernah kelihatan muncul bersama dalam mana-mana majlis hiburan.

Sara Khan dan Kareena Kapoor

Remaja ini menganggap Kareena Kapoor sebagai kawan apabila berkahwin dengan bapanya, aktor Saif Ali Khan tiga tahun lalu. Bagi Sara ibunya, Amrita Singh adalah yang terbaik dan tiada galang gantinya.

“Saya dan abang, Ibrahim sudah ada ibu jadi kami tidak perlukan ibu lain. Kareena pun mengakui perkara ini,” katanya.

Kareena menyifatkan Sara dan Ibrahim anak yang beradab kerana dibesarkan dengan baik oleh Amrita.

“Saya dan Sara pernah keluar minum seperti kawan. Saif pun suka kami begitu,” kata Karee–na.

Farhan Akhtar dan Shabana Azmi

Pengarah filem, Farhan Akhtar dan adiknya, Zoya Akhtar sangat rapat dengan ibu tiri mereka, Shabana Azmi. Aktres hebat itu berkahwin dengan bapa mereka, pemuisi, penulis lirik dan penulis skrip terkenal, Javed Akhtar.

Farhan, Zoya dan Shabana selalu keluar makan dan menghadiri acara hiburan bersama-sama. Farhan dan Zoya juga sering memuji wanita itu kerana menjaga dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.

Farhan mengakui pernah memberontak apabila bapanya berkahwin dengan Shabana, namun kekosongan yang ditinggalkan ibu mereka, Honey Irani, diisi dengan kehadiran Shabana.

“Shabana memberi ruang kepada kami untuk menerima dirinya dan lama-kelaman kami mesra. Dia ibu yang baik,” katanya.

Salman Khan dan Helen

Salman Khan dan ibu tiritnya, Helen tidak pernah membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai hubungan mereka.

Pun begitu, mereka tidak pernah bermusuhan. Hubungan Helen dengan madunya, Salma Khan juga baik bahkan mereka selalu menyertai kerja kebajikan yang dilakukan Salman.

Dua wanita itu hidup bahagia malah tiada siapa mampu menggugat keakraban hubungan mereka.

Sunny, Bobby dan Hema Malini

Sunny Deol dan Bobby Deol masih tidak dapat menerima Hema Malina sebagai ibu tiri mereka. Aktres yang juga ahli politik itu berkahwin dengan bapa mereka, aktor Dharmendra.

Sunny dan Bobby tidak pernah bercakap dengan Hema malah tidak menghadiri majlis perkahwinan adik mereka, Ahana dan Esha.

Apabila tetamu bertanya mengenai Sunny dan Bobby, Hema dengan tenang berkata, anak tirinya itu akan datang ke majlis perkahwinan adik mereka.

“Jika tidak datang, mereka mungkin berada di luar negara,” kata Hema yang berusaha menjaga nama baik keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2015 @ 9:57 AM