Bagi yang mengalami masalah rambut semakin menipis, Serioxyl Youth Solution dapat membantu merawat dengan empat langkah bagi melebatkan kembali rambut yang kusam dan tidak bermaya.

Produk ini berfungsi memperbaiki rambut rosak, meningkatkan kekuatannya dengan mengelakkan ia mudah putus dan menyalurkan nutrien secukupnya ke folikel rambut.

Pada masa sama, produk ini turut berperanan meningkatkan kualiti fiber rambut, menebalkan setiap helai dan menjadikannya lebih kuat, seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut baru.

Esktrak cendawan shiitake yang popular dalam budaya Asia sejak ribuan tahun lalu menjadi antara bahan utama produk ini kerana keupayaannya mengurangkan kerengsaan, meningkatkan daya tahan dan bersifat antioksidan.

Serioxyl Youth Solution juga mengandungi menthol yang berperanan menyegarkan kulit kepala dan meningkatkan peredaran darah.

Bahan lain seperti arginine pula menyokong pertumbuhan rambut dengan meningkatkan pembahagian sel rambut, niacimide meningkatkan peredaran darah manakala kalsium pantotheneate menghalang rambut daripada mudah gugur atau rosak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2015 @ 12:30 PM