PEMBAHAS Kolej Melayu Kuala Kangsar menewaskan Kolej Tunku Kurshiah dalam pertandingan akhir. FOTO Suraya Roslan
PEMBAHAS Kolej Melayu Kuala Kangsar menewaskan Kolej Tunku Kurshiah dalam pertandingan akhir. FOTO Suraya Roslan
Oleh Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Pembahas Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak mempertahankan kejuaraan dalam Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Ke-42 bagi kategori bahasa Inggeris selepas menewaskan pasukan Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan, dalam pertandingan akhir diadakan di Menara Berkembar Bank Rakyat, sebentar tadi.

Bagi kategori bahasa Melayu dimenangi pasukan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Perak,menyingkirkan pasukan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Selangor.

Pertandingan akhir itu menyaksikan persaingan sengit oleh 70 Sekolah Berasrama Penuh seluruh negara dengan diwakili 700 pembahas.

Pasukan MCKK menurunkan Shaikh Md Iskandar Zulkifly Ali, Imran Kamaruddin, Muhammad Nur Raziq Marzuki dan Amir Aniq Abdul Hazis yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM4,000 tajaan Bank Rakyat.

Bagi kategori bahasa Melayu, tajuk perdebatan `Negara Maju Penyelamat Alam Sekitar' diungguli pasukan STAR diwakili Muhammad Ilman Hakim Abdul Razak, Muhammad Afif Nazhan Mohd Hasni, Muhammad Syameel Aeiman Azlan dan Muhammad Aliff Hazim Al Zelan.

Muhammad Faris, 17, daripada SMAP Kajang diumumkan pembahas terbaik kategori Bahasa Melayu manakala Amir Aniq, 16, pula kategori bahasa Inggeris yang masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000.11

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2015 @ 3:41 PM