Dua bulan lalu, kisah hubungan istimewa Bae Yong Joon dan Park Soo Jin dikongsi bersama peminat. Mereka dikatakan bercinta selama lima bulan dan bakal mengukuhkannya dengan ikatan perkahwinan, esok.

Pasangan itu memilih 27 Julai 2015 untuk hari bahagia mereka. Agensi mewakili Bae Yong Joon, KeyEast Entertainment melaporkan, perkahwinan pasangan romantis itu akan diadakan di Sheraton Grande Walkerhill.

“Majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri kaum keluarga dan sahabat handai terdekat bakal pengantin saja. Acara tertutup dan penuh privasi ini sudah lama dirancang dan harap peminat faham,” katanya.

Pada Mei lalu, Bae Yong Joon mengesahkan hubungan mereka dan merancang untuk berkahwin. Mereka mula bercinta secara serius pada Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:01 AM