SUSUN atur dan dekoratif unik bagaikan membawa sebuah cerita di taman mini kaktus.
SUSUN atur dan dekoratif unik bagaikan membawa sebuah cerita di taman mini kaktus.
TURUT membawa aura semula jadi jika diletakkan di balkoni.
TURUT membawa aura semula jadi jika diletakkan di balkoni.
LETAKKAN taman mini kaktus anda pada ruang atau sudut yang sesuai.
LETAKKAN taman mini kaktus anda pada ruang atau sudut yang sesuai.
BENTUK bekas tanaman turut mempengaruhi penampilan kaktus yang ditanam bersama tanaman lain.
BENTUK bekas tanaman turut mempengaruhi penampilan kaktus yang ditanam bersama tanaman lain.
KREATIVITI meletakkan gaya hiasan berbeza-beza.
KREATIVITI meletakkan gaya hiasan berbeza-beza.
Oleh Hartini Mohd Nawi


Dalam kesibukan membuat persiapan Aidilfitri, gaya penataan ruang dalaman dan landskap pasti diberi perhatian.

Segalanya dirancang rapi untuk meraikan kunjungan tetamu dan menzahirkan suasana selesa sepanjang masa.

Bersembang sambil menikmati juadah, lebih bermakna apabila mata turut disajikan idea hiasan menarik di ruang tamu atau sudut ruang makan.

Bagi tetamu di taman, terjemahan landskap menarik membawa gambaran pemiliknya mencintai alam semula jadi dan kedamaian.

Kelainan dapat diketengahkan jika anda kreatif dan menggunakan pendekatan lebih menjimatkan.

Ia amat mudah dihasilkan terutama musim perayaan ini kerana boleh dilakukan sesiapa saja.

Mencipta taman mini kaktus dapat memanfaatkan bajet kerana dalam satu bekas atau pasu saja idea menarik dapat dikreatifkan.

Dapatkan pelbagai jenis kaktus mini supaya gaya hiasan benar-benar menarik perhatian.

Usaha menampilkan hiasan segar itu dalam satu bekas lebih tahan lama jika anda menimba sebanyak mungkin ilmu atau maklumat berkenaan cara mencipta taman kaktus mini.

Tutorial berkenaan teknik penanaman berkesan dapat diperoleh menerusi teknologi maklumat.

Nampak ringkas dan mudah dihasilkan, tetapi anda perlu peka dan tidak mengabaikan tumbuhan ini sebaik ditanam.

Anda hanya perlu menyediakan bekas atau pasu sesuai dengan taman mini kaktus yang ingin diketengahkan.

Terlebih dulu alas bahagian bawah bekas atau pasu pilihan supaya air siraman tidak membasahi bahagian itu.

Malah, arang turut dicadangkan sebagai alas bahagian bawah bekas bagi menyerap air siraman berlebihan sekali gus mencegah pereputan akar pokok jika terendam air.

Tanam kaktus mini bersama dengan medium tanamannya yang masih melekat pada akarnya bagi memastikan pokok berkenaan dapat terus hidup subur.

Kaktus adalah sejenis pokok atau tumbuhan daripada famili Cacta≠ceae berasal dari Benua Amerika.

Tanaman istimewa ini berbatang hijau, berisi dan berduri yang biasanya banyak terdapat di kawasan panas serta kering.

Ia antara tanaman tahan lasak, tidak memerlukan penjagaan intensif dan menerima seratus peratus cahaya matahari.

Bagaimanapun, kaktus yang tumbuh di negara ini jarang mengeluarkan bunga kerana faktor cuaca.

Elakkan kelembapan pada pokok kaktus anda kerana ini boleh merosakan tanaman berkenaan.

Jika meletak pada ruang dalaman, pada waktu tertentu taman kaktus mini itu perlu didedahkan kepada matahari.

Tapi, ‘menjemur’ kaktus di bawah terik matahari juga bukan langkah bijak.

Ini kerana kebanyakan kita salah faham pokok kaktus tahan dengan pancaran matahari, tetapi ­hakikatnya tidak semua pokok kaktus tahan cahaya terik.

Kesannya kaktus didapati terbakar di hujungnya menjadi warna coklat dan kehitaman.

Malah, ia tidak boleh disiram setiap hari kerana boleh menyebabkan pokok itu lembap.

Sebaiknya siram kaktus dua kali seminggu menggunakan semburan dan ciri tanaman yang lembap adalah hujungnya terasa lembik.

Pembajaan biasanya dilakukan menggunakan jenis baja yang boleh dilarutkan dalam air siraman atau semburan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:01 AM