MARS, (Pennsylvania): Doktor haiwan di Pennsylvania menemui 62 getah ikat rambut, lapan seluar dalam dan satu kain pembalut luka dalam perut seekor anjing yang dibedah selepas haiwan itu muntah-mutah.

Jurucakap di Hospital Haiwan Good Shepherd di sini, berkata anjing jenis Labrador berwarna hitam itu bernama Tiki, tidak memberi tindak balas kerana muntah, cirit-birit dan hilang selera makan. Imbasan sinar-X mendapati ada banyak benda dalam perutnya.

Doktor melakukan pembedahan selama dua jam minggu lalu, dan mereka terkejut dengan barang yang dikeluarkan dari perut haiwan itu.

Pemilik anjing itu, Sara Weiss, berkata Tiki pernah menelan panah mainan plastik tetapi keluar melalui najisnya. - AP

]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2015 @ 6:36 PM