Oleh Siti Nadzirah Che Mud

Kota Bharu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hancur sebahagian dua jari kiri selepas mercun bola yang cuba diambil meletup dalam kejadian di Kampung Kubang Batang, Tumpat, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam, ketika mangsa, Mohd Ramdan Mohd Zulkifli bermain mercun itu bersama rakan, berdekatan rumahnya.

Difahamkan, mangsa cuba mengambil mercun bola yang dibaling rakannya kerana menyangka mercun itu tidak dibakar dengan sempurna, memandangkan ia tidak meletup.

Bagaimanapun, tiba-tiba, mercun berkenaan meletup ketika mangsa cuba mengambilnya menggunakan tangan kiri, menyebabkan sebahagia dua jarinya iaitu jari telunjuk dan hantu, hancur.

Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini dan menjalani pembedahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 3:30 PM