LOKASI kejadian  mangsa diserang buaya ketika pulang memancing udang.
LOKASI kejadian mangsa diserang buaya ketika pulang memancing udang.
Oleh Khalid Latip

Saratok: Keseronokan tiga sahabat memancing udang bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat dibaham buaya di Sungai Krian, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa dikenali sebagai Bera Aun, 46, bersama dua rakannya dari Rumah Minggu Kranggu Krian, di sini, baru selesai menangkap anak udang di sungai berkenaan dan dalam perjalanan menuju ke rumah panjang mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Mohamad Dzul Azreen Md Desa berkata, ketika melalui tebing sungai di tempat kejadian, seekor buaya muncul lalu mengheret mangsa ke dalam sungai.

“Rakan mangsa bergegas menyelamatkan diri sebaik menyedari kejadian itu dan tidak berani berbuat apa-apa kerana bimbang keselamatan mereka terancam.

“Rakan mangsa yang terselamat segera memaklumkan kejadian itu kepada penduduk rumah panjang yang lain sebelum membuat panggilan kecemasan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 7:31 AM