ANTARA dadah yang dirampas. FOTO Mohd Hilmie Hussin
ANTARA dadah yang dirampas. FOTO Mohd Hilmie Hussin
ANTARA dadah yang dirampas. FOTO Mohd Hilmie Hussin
ANTARA dadah yang dirampas. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Dadah jenis heroin seberat 9.3kg dalam 21 paket plastik , syabu seberat 200g (15 paket) dan 500 biji dadah jenis erimin 5 bernilai RM190,000 dirampas Polis Melaka dalam satu serbuan di apartmen di Klebang, Batang Tiga di sini, kira-kira 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, serbuan itu dibuat selepas mendapat maklumat daripada orang awam serta risikan selama tiga minggu.

"Dadah ini dipercayai diambil dari Lembah Klang sejak lebih tiga minggu lalu.

"Hasil siasatan awal juga mendapati, dadah terbabit diedarkan di sekitar Tanjung Kling, Sungai Udang, Krubong dan Batang Tiga, di sini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di Bukit Beruang, hari ini.

Beliau berkata, lelaki tempatan berusia 25 tahun yang berada dalam apartmen itu turut ditahan dan direman tujuh hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2015 @ 10:19 AM