PRAMILA lebam mata dan bengkak mulut dibelasah penduduk kampung.
PRAMILA lebam mata dan bengkak mulut dibelasah penduduk kampung.
Agensi

New Delhi: Seorang ibu mabuk dibelasah teruk penduduk kampung selepas ditangkap memotong dan memakan kulit kepala anak perempuannya yang baru berusia dua tahun.

Bayi malang itu, Bharati Mondal diselamatkan bapa saudaranya dikenali sebagai Dablu yang terdengar jeritannya dalam kejadian di Gopalpur, Bengal Barat itu.

Dablu, 41, terkejut melihat kakak iparnya Pramila, 40, menghiris sebahagian kepala Bharati dan memakannya.

“Kejadian berlaku sekitar tengah hari ketika saya berehat di rumah. Saya terdengar Bharati menjerit menangis lalu pergi memeriksa keadaannya.

“Alangkah terkejut apabila melihat bayi itu berlumuran darah sambil ibunya selamba makan kulit kepalanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2015 @ 5:33 AM