Alor Setar: Pengebumian 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia etnik Rohingya dimulakan 10 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Lama Kampung Tualang, Pokok Sena.
Difahamkan, proses pengebumian kumpulan pertama ini membabitkan 19 lelaki dan dua wanita daripada jumlah keseluruhan 106 jenazah.
Baki 85 jenazah masih dalam proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah,di sini dan akan dikebumikan secara berperingkat-peringkat
Semua jenazah itu sebelum ini ditemui ditanam di kawasan tapak kem mangsa pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis.
Pengurusan jenazah dikendalikan Majlis Agama Islam Kedah, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kira-kira 200 penduduk Mukim Tualang turut hadir menyaksikan pengebumian itu.