PEMAIN Malaysia Amri Yahyah (dua kiri) cuba menendang bola melepasi pemain Palestin Ahmed Mahajna (dua kanan) dan Tamer Seyam (tengah). FOTO AFP
PEMAIN Malaysia Amri Yahyah (dua kiri) cuba menendang bola melepasi pemain Palestin Ahmed Mahajna (dua kanan) dan Tamer Seyam (tengah). FOTO AFP
PEMAIN Malaysia, Muhammad Afiq Azmi (kiri) diasak pemain Palestin, Tamer Salah. FOTO AFP
PEMAIN Malaysia, Muhammad Afiq Azmi (kiri) diasak pemain Palestin, Tamer Salah. FOTO AFP
KEKALAHAN kepada Palestin adalah yang pertama skuad negara dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019. FOTO Goh Thean Howe
KEKALAHAN kepada Palestin adalah yang pertama skuad negara dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019. FOTO Goh Thean Howe
Oleh Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Pengendali negara Dollah Salleh tidak akan meletak jawatan walaupun anak buahnya dibelasah 0-6 di tangan Palestin malam tadi.

Bekas pemain kebangsaan itu menegaskan beliau bukan pengecut.

"Saya bukan pengecut. Saya tidak faham kenapa pemain berputus asa selepas kena tiga gol pada babak pertama.

"Apa yang diperkatakan selepas itu, seolah-olah tidak memberikan kesan dari penjaga gol sehingga penyerang," katanya selepas perlawanan.

Dollah turut menolak andaian keputusan perlawanan berkenaan diatur.

"Kita sudah kalah, saya tidak mahu cakap pasal atur perlawanan atau sebagainya. Saya tidak mahu menuduh sesiapa.

"Saya tidak panik dengan keadaan sekarang. Namun kecewa dengan apa yang ditunjukkan," tambahnya.

Pelawat mendahului tiga gol pada babak pertama dan terus gagal mengekang asakan pelawat yang meledak tiga lagi gol.

Ia adalah kekalahan pertama skuad negara dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 selepas terikat 1-1 menentang Timor Leste.


#bolatime AKSI Ultras Malaya menyanyikan lagu "Dollah Salleh apa yang kau dah buat" ketika perlawanan Kelayakan Piala...

Posted by Harian Metro * myMetro on Tuesday, 16 June 2015


Penjaring:

- Musab Battat (minit ke-8)

- Sameh Maraaba (minit ke-22, 74)

- Tameer Seyam (minit ke-41, 85)

- Khader Abuhammad (minit ke-63)

MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Shas, Mohammad Afiq Azmi, Mohd Safiq Rahim (kapten), Ahmad Syamim Yahya (Indra Putra Mahayuddin), Mohd Nasir Basharuddin, Kunanlan Subramaniam (Mahali Jasuli), Mohd Amri Yahyah, Ahmad Hazwan Bakri (Mohd Safee Mohd Sali), Muhammad Zubir Mohd Azmi.

PALESTIN: Tawfiq Ali Abuhammad, Ahmed Harbi Mahajna (kapten), Tamer Salah (Mohammed Abukhamis), Musab Battat, Tamer Seyam, Sameh Maraaba (Ahmed Wridat), Mahmoud Dhada, Abdullah Jaber, Pablo Bravo (Khader Abuhammad), Matias Hadwa, Mohammed Darwish.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2015 @ 11:33 PM