TIANG elektrik yang menembusi kereta Kenari dinaiki pasangan suami isteri selepas terbabit kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 436.5, Jalan Batu Pahat-Kluang di Sri Lalang.
TIANG elektrik yang menembusi kereta Kenari dinaiki pasangan suami isteri selepas terbabit kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 436.5, Jalan Batu Pahat-Kluang di Sri Lalang.
Oleh Arifin Salleh

Kluang: Umur panjang. Itu yang boleh digambarkan apabila sepasang suami isteri terselamat walaupun kereta dinaiki ditembusi tiang elektrik dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 46.5 Jalan Batu Pahat-Kluang dekat Sri Lalang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, kereta Perodua Kenari dinaiki suami isteri berusia awal 30-an dari Kluang ke Ayer Hitam itu hilang kawalan hingga merempuh sebatang tiang elektrik yang tumbang sebelum tembus ke dalam kereta melalui pintu penumpang depan.

Difahamkan, kemalangan membabitkan empat kenderaan dipercayai berpunca daripada sebuah kereta Proton Iswara dari Ayer Hitam hilang kawalan selepas melintasi persimpangan lampu isyarat.

Saksi kejadian, Saiful Adli Muzaffar, 39, mendakwa kereta Proton Iswara dipandu seorang lelaki berusia 50-an cuba mengelak sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki menyebabkan ia terbabas ke kanan lalu merempuh sebatang tiang elektrik di tengah pembahagi jalan sebelum berpusing beberapa kali dan berhenti di tengah jalan raya.

“Pada masa sama, sebuah kereta Perodua Kenari gagal mengelak tiang elektrik yang tumbang ke arah bertentangan lalu merempuhnya menyebabkan ia menembusi kereta berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2015 @ 7:57 AM