Beijing: Pihak berkuasa sebuah daerah di Xinjiang, wilayah China yang majoriti penduduknya beragama Islam berkata, mereka akan bertindak secara aktif untuk tidak menggalakkan sebarang amalan agama di rumah dan sekolah.

Pengetua lebih 2,000 tadika, sekolah rendah dan menengah di Kashgar, kawasan wilayah Xinjiang yang bersempadan dengan Pakistan, menandantangani ikrar untuk mempertahankan sekolah daripada ‘diserap oleh ajaran agama,’ menurut laporan Global Times yang rapat dengan Parti Komunis China.

Di samping itu, pegawai pelajaran Kashgar berkata, anggota parti, guru dan pelajar bawah umur tidak sepatutnya mengerjakan suruhan agama baik di sekolah mahupun di rumah.

Xinjiang mempunyai lebih 10 juta penduduk beragama Islam, kebanyakannya etnik Uighur.

Kanak-kanak bawah umur 18 tahun dilarang memasuki masjid di seluruh wilayah itu.

Beijing mendakwa beberapa siri keganasan di Xinjiang dilakukan kumpulan ekstrem Islam dan mengaitkannya dengan kumpulan luar negara. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:22 AM