Beijing: Sebuah kumpulan Uighur dalam buangan semalam menyelar hukuman mati terhadap 12 penduduk di Xinjiang yang dianggap akan meningkatkan lagi ketegangan di rantau barat China.

Xinjiang yang majoriti penduduknya berbangsa Uighur dan beragama Islam melihat pelbagai kejadian keganasan sejak beberapa bulan lalu yang semakin banyak berlaku termasuk di luar wilayah itu.

Kongres Uighur Sedunia dalam satu kenyataan berkata: "Hukuman mati semakin menjadi satu kelaziman dan puluhan orang menjadi mangsa sejak beberapa bulan kebelakangan ini."

Kelmarin, sebuah mahkamah di China menjatuhkan hukuman mati terhadap 12 penduduk etnik Uighur manakala hukuman sama untuk 15 lain ditangguhkan.

Keputusan itu berkaitan dengan serangan di balai polis dan pejabat kerajaan di Shache, Julai lalu.

Media kebangsaan melaporkan, seramai 37 orang awam dan 59 'pengganas' terbunuh dalam serangan itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:06 AM