Ternate (Indonesia): Seorang janda berusia 53 tahun maut selepas dipukul kekasihnya yang berusia 35 tahun dengan menggunakan kerusi di sebuah rumah di sini, kelmarin.

Jurucakap polis, Syamsuddin Losen berkata, Juwina Arif maut selepas dipukul kekasihnya, Syukur, selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Katanya, pertengkaran tercetus selepas Juwina beberapa kali menghubungi Syukur yang berpesta bersama rakan-rakannya supaya segera pulang ke rumah.

“Syukur yang berang kerana beberapa kali dihubungi Juwina segera pulang ke rumah.

“Sampai di rumah, suspek menarik mangsa masuk ke dalam bilik dan membuat hubungan seks.

“Bagaimanapun, pasangan itu kembali bertengkar dan Syukur yang berang terus bertindak memukul kepala mangsa dengan kerusi sampai mati,” kata Syamsuddin.

Ujarnya, selepas melihat mangsa sudah tidak bernyawa, Syukur terus melarikan diri.

“Bagaimanapun, suspek ditangkap di rumah keluarganya selepas jiran Juwina menemui wanita itu terbaring berlumuran darah membuat laporan polis,” jelasnya.

Menurutnya, Syukur yang mengaku bersalah membunuh kekasihnya ditahan untuk siasatan lanjut.

Syukur yang didakwa menyebabkan kematian berdepan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2015 @ 12:19 PM