REKHA maut selepas dipukul dengan batang besi oleh menantunya. FOTO Agensi
REKHA maut selepas dipukul dengan batang besi oleh menantunya. FOTO Agensi
Agensi

Gujarat: Seorang wanita berusia 52 tahun dari bandar Ahmedabad bukan saja dipukul dengan batang besi hingga pecah tengkorak malah, hampir dibakar bagi menutup jejak pembunuhan.

Mangsa, Rekha Agrawal dipercayai diperlakukan demikian oleh menantunya, Nikita Agarwal, 29, kerana sering berselisih faham.

India Times melaporkan jurucakap polis mengesahkan suspek, Nikita ditahan pada hari sama dan mayat mangsa ditemui anak lelakinya, Deepak, 30, dalam keadaan berlumuran darah.

Manakala, suspek dilaporkan mengunci dirinya di dalam bilik selepas membunuh ibu mentuanya.

"Mereka sekeluarga tinggal serumah sejak setahun setengah yang lalu.

"Berdasarkan maklumat Nikita dan Deepak berkahwin Januari tahun ini dan ketika ini hamil lima minggu.

"Jiran terdekat memaklumkan bahawa sejak berkahwin, mangsa dan suspek sering bertengkar kerana mangsa tidak berpuas hati dengan sikap suspek," katanya.

Polis berkata, ketika kejadian, hanya mangsa dan menantunya saja berada di rumah.

"Suami mangsa, Ramnivas sedang menerima rawatan akibat dijangkiti Covid-19 dan menerima panggilan telefon daripada jiran yang terdengar bunyi mencurigakan dari kediaman mereka.

"Ramnivas kemudian menghubungi Deepak untuk pulang segera dan melihat apa yang berlaku di rumah.

"Deepak bagaimanapun menghubungi Nikita untuk memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan ketika itu Nikita mengakui berlaku pertengkaran dengan ibu mentuanya dan dia dipukul," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2020 @ 7:50 AM