FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Zuliaty Zulkiffli


Padang Terap: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 30 minit apabila kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Kampung Malau, Kuala Nerang, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 7 malam, ketika mangsa dikatakan mahu membuang air kecil tetapi tergelincir menyebabkan kakinya tersangkut pada lubang dan gagal menariknya keluar.

Berikutan itu, ahli keluarga yang menyedari kejadian apabila mangsa meminta pertolongan dan segera menghubungi pasukan bomba bagi mendapatkan bantuan.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.16 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang tiba di lokasi pada 7.27 malam.

Katanya, kaki mangsa yang tersangkut dalam lubang itu berjaya dikeluarkan tidak lama kemudian dan mangsa berada dalam keadaan selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2015 @ 10:52 PM